Sunan Musafir

Sunan Musafir Allah mencipta cinta justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik baik cara Maka itu sebagai manusia Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta Tahun merupakan deti

  • Title: Sunan Musafir
  • Author: Ramlee Awang Murshid
  • ISBN: 9789831247891
  • Page: 499
  • Format: Hardcover
  • Allah mencipta cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik baik cara Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata Pengembaraan Saifudin berserta sahabat sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah Fikiran Saifudin agak terganggu apabila menAllah mencipta cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik baik cara Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata Pengembaraan Saifudin berserta sahabat sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna manta Ratu Sulaman Atau sekadar jelmaan Pada tahun 1531 Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan Bagaimapun, kejahatan seolah olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa Berjayakah Saifudin menewaskan mereka

    • Ì Sunan Musafir || ☆ PDF Read by ☆ Ramlee Awang Murshid
      499 Ramlee Awang Murshid
    • thumbnail Title: Ì Sunan Musafir || ☆ PDF Read by ☆ Ramlee Awang Murshid
      Posted by:Ramlee Awang Murshid
      Published :2019-05-19T22:40:59+00:00

    About "Ramlee Awang Murshid"

    1. Ramlee Awang Murshid

      Ramlee Awang Murshid lahir 4 November 1967 ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia RTM sejak 1986 RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM , bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi 2002 sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk thriller dan seram.Latar belakang pendidikanSekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu 1974 1979 Sekolah Menengah Maktab Sabah Dikenali juga dengan nama Sabah College 1980 1984 Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia 1999 2000 Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan MalaysiaAnugerahPemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut 1995 dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.Senarai NovelIgauan Maut Dewan Bahasa PustakaAnugerah Pertama Creative EnterprisePei Pan Dewan Bahasa PustakaTombiruo Alaf 21Semangat Hutan Alaf 21Tombiruo Terakhir Alaf 21Ranggau Alaf 21Mandatori Alaf 21ADAM Alaf 21Satu Janji Alaf 21Bagaikan Puteri Alaf 21Rahsia Perindu Alaf 21Hatiku Di Harajuku Alaf 21Cinta Sang Ratu Alaf 21Hijab Sang Pencinta Alaf 21Ungu Karmila Alaf 21Personal Justice ADAM versi Inggeris Alaf 21Mikhail Alaf 21

    926 thoughts on “Sunan Musafir”

    1. Berakhir sudah kisah Laksamana Sunan. Setelah membaca ke enam2 siri Laksamana Sunan bermula dengan Bagaikan Puteri, Cinta Sang ratu,Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi,Sutera Bidadari hinggalah yang terakhir Sunan Musafir, memang tak salah jika dikatakan RAM dapat menjadikan sebahagian dari kisah2 tersebut. Adakalanya seperti kita sendiri berada di situ sambil melihat kejadian2 yg berlaku.Kisah bangsa Polip yg boleh terbang, kisah Ratu Pulau Utara termasuk Maryam dari Lisbon terasa2 seperti mereka i [...]


    2. Saya suka cara RAM mengakhiri dwi-trilogi ini. Hebat! Jika ditanyakan perasaan saya usai mengakhiri bacaan naskhah ini, hanya satu perkataan sahaja yang boleh saya ungkapkanPUAS! Ya, saya sangat-sangat puas kerana bagi saya segala rasa berjaya digaul bersama oleh penulis untuk para pembaca khasnya saya menikmatinya. Dan semua rasa itu membuatkan saya terbuai disepanjang perjalanan menyusuri naskhah hebat ini. Segala-gala kisah dari lima terbitan terdahulu yang tidak terungkai disimpulkan penamat [...]


    3. Pelik tapi benar, ini adalah karya keberapa dari penulis RAM tapi merupakan karya pertama yang Cik Pah hadam. Cik Pah pakai ambik je buku ni baca tanpa mengetahui cerita ini adalah kisah terakhir pengembaraan Laksamana Sunan. Oleh sebab Cik Pah dah biasa selak epilog dalam sesuatu cerita, jadinya Cik Pah tak rasa ralat menyudahkan bacaan. Orang lain yang bermula dengan tajuk Bagaikan Puteri mungkin berkobar-kobar untuk mengetahui kesudahan riwayat hidup Laksamana Sunan sedangkan Cik Pah pula ter [...]


    4. Saya peminat tegar RAM. Sudah tentu, saya akan beri review yang baik untuk buku ini. Melalui tajuk saya akan fikir, inilah kisah Saifudin bermusafir setelah kematian isterinya Ratna. Tapi sebaliknya, Ratna sebenarnya masih hidup tapi dikongkong sumpahan Simbaran oleh Maharani. Penutup yang baik untuk trilogi kisah Laksamana Sunan. Bagi saya, terlalu banyak kisah wanita yang mencintai Saifudin diulang2 (saya muak sebenarnya), thriller dan saspens masih ada terutama sewaktu serangan di rimba ke at [...]


    5. Pengembaraan Laksamana Sunan bermula sekali lagi pada tahun 1511 dan juga untuk kali yang terakhir! Di dalam perjalanan untuk tiba di Lisbon,Portugis,tanah air Maryam atau Catalina,Laksamana Sunan atau turut dikenali sebagai Saifudin,mendapat tahu bahawa Sang Dewi yang sering menyerunya ke Alam Tidak Berdinding itu sebenarnya isterinya,Ratna! Sukar untuk dipercayai! Namun,hakikatnya,Ratna masih bernyawa dan jiwanya terperangkap di dalam sumpahan Maharani Pulau Utara.Namun begitu,keinginan Saifud [...]


    6. Lama benar aku ‘peram’ review novel legasi Sunan [Saifuddin] ini. Nak buat bagaimana, kalau tiap kali menulis, otak seakan-akan tidak mahu melepaskan Sunan pergi ewah!!! Dan rasanya aku tak perlu nak cerita panjang mengenai novel terakhir tentang Laksamana Sunan kerana aku tahu sudah ramai yang ‘bercerita’ tentangnya. Eh, ngelat! *wink* Susah sebenarnya nak mencari ketidaksempurnaan Sunan, tetapi dalam episod terakhirnya ini penulis sudah mencatatkannya. Sunan nyata tidak cukup kental bi [...]


    7. Baru separuh buku. Ketika pelancaran di PBAKL hari itu,RAM menyatakan dia cuba lari dari kebiasaan (sad ending) atas nasihat isterinya, Dayang Aminah. Keberangkalian kali ini pengakhirannya happy ending-boleh jadi. Jujurnya saya tidak mengharapkan apa-apa. Mungkin kerana terlalu diselubungi emosi sedih kerana ini merupakan naskhah terakhir untuk siri dwi-trilogi Bagaikan Puteri. Berakhirnya Sunan Musafir bermakna,ini adalah detik terakhir saya akan mengikuti perjalanan Laksamana Sunan. Ini merup [...]


    8. Akhirnya ! Tamat baca semua siri Bagaikan Puteri. Dan siri ini membuktikan, dengan buku kau memang boleh menjangkau zaman, mahupun akal logika. Dengan buku, semua boleh jadi. Tiada yang mustahil. Tahniah Ramlee Awang Murshid. Siri ini terlalu menambat hati. Penulis bijak mengakhiri cerita dengan teka-teki. Dan menyerahkan kepada pembaca untuk menamatkan cerita. Terima kasih, untuk dunia khayal, angan yang berpijak. Ini novel cinta yang sebenar!


    9. Novel dwi-trilogi Laksamana Sunan ini sudah berakhir. Kali ini, tentangan hebat datang daripada Qishahir dan konco- konconya. Tetapi dengan pertolongan Allah, Laksamana Sunan dibantu oleh Ratna dapat mengalahkan musuh itu setelah beberapa kali diserang.Sunan Musafir ini RAM mengetengahkan teknik imbas kembali. Sekejap akan berada pada tahun 1511, lepas tu tahun 1531. Sebenarnya, masa tahu Sayed Al-Mutakhir itu terkena penyakit buatan, saya ingatkan dia akan menjadi musuh Saifudin dalam dia. Muju [...]


    10. "Bayang-bayang tidak akan terlihat andai matahari tidak bersinar di siang hari." =DTerungkai suspen mengenai Ratu Sulaman yang sebenarnya belum meninggal dunia. I love the story. Terasa seperti diri sendiri yang disayangi apabila membaca tentang kisah Sunan & isterinya, Ratu Sulaman. Apabila dibezakan dengan cerita Sunan 1-6, novel pertama, BAGAIKAN PUTERI adalah yang terbaik. Sunan Musafir mempunyai terlalu banyak karakter sampingan yang membuatkan pembaca penat membaca. Jalan cerita terbai [...]


    11. Pengakhiran yang mengembirakan tapi kesian dengan makhluk bersayap (Saifullah) yang takde pasanganKalau En. Ramlee buat sambungan untuk novel pasal hidup Saifullah aku adalah orang pertama yang beliKan best kalau Saifullah berpasangan dengan HaryaniPasal Haryani yang buat aku nak terus baca trilogi nih


    12. Cerita kali ini aku agak blur sebab dah banyak lupa cerita yang sebelum ni. Jadi tak feel sangat. Sebenarnya dalam siri ni aku teruja bila kisah haryami tu ada. Tapi cerita haryani tu dah lama tutup buku.


    13. Assalamualaikum wbt.Buat pertama kali membaca karya Ramlee Awang Murshid.Pada kali ini tertarik untuk membaca karyanya kerana gambar muka depan lebih boleh diterima berbanding muka depan novel2 beliau yang lain yang lebih gerun untuk saya membelinya.Tiada ulasan lebih ,yang pasti karyanya hebat.


    14. Sunan - Berhemah apabila menerima tetamu, menghormati dan memuliakan tetamu melebihi keluarga, tenang, yakin pada Allah, berserah diri kepada Allah, tidak membangga diri. sememangnya ia tiada tandingan. Contoh terbaik buat semua, ikon islam yang wajar dicontohi remaja masa kini.


    15. Pengakhiran yang mendamaikan. :)Akhirnya cinta antara Laksama Sunan dan Ratna kembali bersatu.Cinta antara Dani dan Saliha mula bertaut.Dan Haryani terus merindui Sunan walau masa memisahkan mereka.


    16. Manusia yang hidup pastikan mati, watak yang 'bagaikan hidup' juga sudah kembali bertemu Ilahi. Andai Laksamana Sunan wujud, sayangnya ia hanyalah sebuah imaginasi



    17. Cinta Allah mencukupi segala-galanya . Terbaiklah RAM! Dalam setiap novelnya, pasti ada peringatan untuk para pembaca yang berfikir :)Novel penutup yang amat baik untuk siri Laksamana Sunan.


    18. Finally dah habis! Cerita ni tersangat lah best and the does not cliche at all :) jalan penceritaan yg menarik dan walaupun buku ke 6 tapi tidak bosan langsung,setiap buku sgt mengujakan dan tak pernah jemu. Sedih sgt sbb ni buku last utk dwi-triologi ni rasa macam tak sanggup nak habiskan haha tapi still kena habiskan and its worth it :) happy ending walaupun part indera/Saifullah sgt sedih sebenarnya hidup keseorgan berpegangkan amanah dripada Maryam :( Kalau RAM buat buku pasal pejalanan hidu [...]


    19. Aku membaca Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta dalam 5 ke 6 tahun yang lepas. Untuk melengkapkan bacaan hingga ke Sunan Musafir, aku pergi ke Pasar Chowrasta, mencari buku-buku Laksaman Sunan itu dari siri yang pertama hingga keenam. Dalam masa dua minggu lebih ini, fikiran aku dah dipenuhi dengan watak-watak novel ini.Kisah cinta antara Sang Ratu dan Sunan itu umpama penyeri novel ini ditambah pula dengan kemunculan Andika. Kisah mereka berakhir di Kampung Punggor. Dari ap [...]


    20. done! gara2 SUNAN terbaru, maka aku bertungkus lumus membacs dari siri yang ke empat selama tiga minggu ini hingga menjadi igauan mimpi aku beberapa kali. untuk naskah ini, beberapa kali aku rasa nak lempo buku ni apabila setiap kali angin kejahatan datang menyeru dan mengganggu saifudin selain bila ada watak yang terpengaruh dengan hasutan. berdebar saat gimbaran bagitahu cara hapuskan sumpahan sang dewi. memandikan patung sang dewi dengan Sarah manusia selama 7 hari berturut-turut memang tak b [...]


    21. Kisah penutup kisah penghabisan. Banyak persoalan terungkai dalam eposid terakhir ini. Indah dan tidak berlebihan. Bersesuaian dengan watak Saifuddin yang sederhana. Cinta fitrahnya pada Ratna Sang Ratu ditulis dengan sangat mengesankan. Rangkaian dengan novel terdahulu sangat disambut kerana digarap dengan baik tanpa perlu mengulangbaca terlebih dahulu. Agak sedih pada pengakhirannya, berpisah dengan watak-watak yang telah mengisi kehidupan beberapa tahun ini.Terima kasih kepada Kelab RAM yang [...]


    22. Alhamdulillahakhirnya saya telah berjaya menghabiskan novel terakhir, siri epik Laksamana Sunan ini. Sebenarnya rasa sangat teruja untuk mengetahui kesudahan novel ini. Walaubagaimanapun, sebagai menghormati RAMians yang masih belum membaca/memiliki novel ini, saya tidak dapat kongsikan banyak info di sini. Cukup saya katakan, sehabis sahaja saya menoktahkan novel ini, tanpa sedari air mata saya menitisSelamat Tinggal Laksamana Sunan


    23. Saya sangat suka beberapa bab yang terakhir dan saya merasakan penamat kisah ini adalah yang terbaik untuk kisah Sunan walaupun sebelum ni saya hampir tak dapat terima hakikat yang Ramlee Awang Murshid nak tamatkan kisah Sunan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap permulaan, pasti ada pengakhiran. Yang pasti, saya akan ulang balik baca kisah Sunan.


    24. Serius, baca buku Sunan ni tak lepas dari genggaman.Memang owsem sebenarnya.Sampai lah ke penghujung, terasa macam Sunan memang betul betul wujud. Kembali kepada dunia realiti, dia hanyalah watak semata.Baca lah !


    25. akhirnya kisah laksamana sunan di karya inititik noktah semua misteri dan rungkaian telah diceritakn dlm buku niterasa puas mmbaca kisah akhir ini.nutup kisah ini sungguh memuaskan dan kisah cinta sunan berakhir dgn bahagianyaterima kasih RAM krn mmbuat karya sebgini hebatterbaek


    26. Penggembaraan Laksamana Sunan diteruskan bersama rakan-rakanya walaupun di kala itu mereka dihujani pelbagai halangan dan ujian dalam usaha mencari isterinya Ratna. Plot yang disusun begitu cantik dan tersusun. Thumbs up (Y)


    27. Novel dah lama dibeli. Tapi semalam baru habis dibaca. Novel yang terakhir dalam siri Sunan. Macam biasa, novelis Ramlee Awang Murshid tak pernah kecewakan aku. Plot cerita dan penggunaan bahasa semuanya bagus. Tak ada apa nak dikritik. 5 bintang untuk keseluruhan.




    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *